Wani nak share pengalaman and tips bila nak melancong ke Melbourne, Australia tahun lepas. Jumlah hari wani dekat sana lebih kurang 5 hari 4 malam dan musim yang dipilih ialah musim sejuk. Untuk pengetahuan semua, bagi negara yang ada empat musim, musim sejuk biasanya pada bulan Disember sampai Februari. Tapi, musim sejuk di Australia adalah dari bulan Jun ke Ogos. So, let's check it out beberapa tips yang korang boleh take note kalau nak plan trip ke Melbourne.
Tiket Kapal Terbang
-Kalau nak betul-betul murah, plan tiket flight korang paling tak pun setahun dari tarikh nak pergi.
-Rajin-rajinlah tengok promo Air Asia atau mana-mana airlines lain.
-Kalau dapat harga RM2000-RM2300 pergi balik termasuk bagasi dan makanan memang okay dah.
-Penerbangan ambil masa lebih kurang 6 jam, so download movie atau video2 best untuk korang layan dalam flight nanti.
Hotel
-Book guna booking.com atau mana2 site yang reliable. Biasanya kalau book guna booking.com, kita akan buat payment bila kita sampai kat hotel tu. Means, sampai sana baru kita buat bayaran. Tapi ada je website lain (Agoda, Trivago, Hotels) yang ada servis pay at the property.
-Kalau boleh try cari hotel/Motel/Guestroom yang dekat dengan Melbourne City. Melbourne ni ada menyediakan khidmat Tram (Sejenis Pengangkutan Awam) yang korang boleh naik untuk bergerak sekitar Melbourne. Korang boleh dapatkan Myki Card dari Seven Eleven dan topup ikut kadar perjalanan yang korang nak. Myki card ni diperlukan bila korang nak guna khidmat Tram. Kecuali kalau nak bergerak dalam kawasan free Tram Zone, tak perlu touch Myki Card.
-Masa wani kat Melbourne, wani tinggal kat City Square Motel area Swanson St. Memang sangat strategik kedudukan motel ni sebab keluar je pintu motel, banyak restoran halal yang ada sederet dengan motel tu. Free Tram Zone pun depan motel je.
Melbourne City
-Kalau sampai je kat Airport, korang boleh naik SkyBus untuk ke hotel korang. Bas akan stop dekat Southern Cross Station (dekat Spencer dan Bourke St) so dari situ korang boleh naik Tram ke hotel.
-Ataupun macam wani, sebab tak biasa lagi tak tahu hotel kat mana, wani and kakak sepakat ambil private car. Bayaran mahal sikit dari SkyBus tapi kalau ramai rasa berbaloi je sebab kereta memang besar dan dia akan stop betul2 dekat Hotel kita.
-Seperti yang wani bagitahu, kalau korang nak jalan-jalan dekat Melbourne City ni, korang boleh ambil Tram sebab kalau nak jalan sekita Bandar Melbourne, tak perlu bayar tambang.Ataupun kalau korang nak lagi adventure, korang jalan kaki je (Wani buat macam tu)
-Di Melbourne City ni, tak susah nak cari makanan halal. Kalau stay dekat City Square Motel, deretan kedai sebelah ada kedai Sushi halal, Pizza halal & Lord of Fries Halal Platter.
-Korang boleh google je kedai makanan halal kat Melbourne (Mamak, Little Ipoh, etc). Mostly boleh pergi jalan kaki je, kalau tak larat boleh naik Tram.
-Wani suka pergi Supermarket kat sana, beli Arnott's product (Muraaah!) macam TimTam, Biskut-biskut dia and coklat. Cari yang ada diskaun =P
-Kalau masuk chemist store (macam farmasi) wajib beli Minyak Wangi. Murah sangat! Kalau tanya pekerja kat situ sama ada asli atau tidak minyak wangi tu, diorang akan kata asli. So, kita yakin jelah memang asli sebab dia jual kat farmasi kan.
-Then, kalau korang nak tau pakej2 menarik yang korang boleh ambil untuk pergi tempat-tempat pelancong, ada banyak tour store sekitar Melbourne City atau korang boleh pergi ke Melbourne Visitor Centre (dekat Federation Square Flinton st).
Tourist Attraction
-Antara tempat-tempat yang terkenal dekat Melbourne ni, Philip Island, Mount Buller, St.Kilda Beach, Great Ocean Road dan macam-macam lagi.
-Tapi sebab kekangan bajet, wani hanya ambil pakej ke Mt.Buller (tu pun sorang nak dekat RM400)
-Kenapa pergi Mt Buller, sebab kat sana boleh main salji. Kat Melbourne, walaupun musim sejuk tapi tak ada salji. So bila pergi Mt Buller boleh lah main toboggan, buat orang salji and kalau ada bajet lebih boleh amik pakej Ski sekali.
-Masa perjalanan nak ke Mt Buller dan balik semula hampir 12 jam jugak. Bertolak pukul 4 pagi waktu Australia, bertolak balik dalam pukul 4 petang waktu Australia.
-Tips! Prepare makanan siap-siap kalau boleh cukup untuk Breakfast & Lunch and kudap-kudapan kat atas gunung nanti. Sebab kita akan sejuk dan cepat lapar. Makanan kat atas tu macam biasalah, mahal.
-Tips lagi! nanti bila sampai kat Mt Buller, kita akan naik lift untuk ke tempat gunung, pastikan korang tak bawak Toboggan sekali ye. And, jangan lupa bawak sarung tangan and pakai seluar yang kalis air sebab nanti basah. Diorang ada sediakan pakej sewa boots, pants and sweater tapi bagi wani x berbaloi sebab kalau setakat naik main toboggan atau buat snowman tak perlu sewa. Jimat duit =D Tapi walking boots kenalah sewa sebab tu penting untuk keselamatan. Melainkan ada boots sendiri.
-Selain Mt.Buller, St.KildaBeach pun wani pergi. St.Kilda beach ni boleh pergi sendiri naik Tram (Tapi ni kena bayar lah sebab luar kawasan free tram zone).
-Kat situ, macam pantai biasa tapi kalau korang beruntung korang boleh tengok little penguin :)
Shopping
-Apa yang best kalau nak shopping kat Melbourne? Korang boleh pergi Factory Outlet kat sana, yang besar ialah DFO (dekat South Wharf) atau korang boleh pergi Spencer Factory Outlet (Dekat Southern Cross Station).
-Kalau korang nak beli Souvenir korang boleh pergi ke Queens Victoria Market (Rabu dia tutup). Korang pergi pagi sikit tak ramai sangat orang. Kat situ lagi murah kalau nak beli souvenir. Jangan beli dulu dekat Melbourne City. Dekat Market tu ada satu food truck jual Donut Strawberry Filling, best! sila cuba ya.
-Kalau masuk supermarket dia, jangan lupa beli Strawberry and buah-buah lain. Murah dan manis. Wani siap bawak naik atas flight time nak balik KL. Alhamdulillah lepas. Masukkan dalam plastic seal tu.
p/s: Jangan lupa beli simcard sebab kat sana wifi dia macam tak function sangat. Mungkin nasib wani tak berapa baik kot time tu. Tapi senang kalau ada internet lagi-lagi jalan jauh.
Done!
So far tu je yang wani mampu kongsikan. Enjoy your trip!







0 comments:
Post a Comment